Bosan dan menyampah kerana internet handphone atau laptop anda selalu slow? Nak lajukan internet untuk selesaikan banyak tugasan dan aktiviti yang tertangguh? Penstriman video, games dan sidang video anda kerap terganggu kerananya? Menyakitkan hati bukan?
Berikut adalah 8 cara berkesan untuk melajukan internet gadget anda. Selamat mencuba ya!
1. Guna peranti (hp/laptop/pc) berkeupayaan tinggi dan terkini. Peranti lama mungkin tidak dapat support internet berkelajuan tinggi sekali pun anda melanggan telco internet berkelajuan tinggi 5G misalnya.
2. Pastikan kedudukan anda berdekatan dengan isyarat dan wifi yang kuat tanpa halangan seperti dinding bangunan, tembok, lantai dan sebagainya. Untuk kegunaan wifi bagi rumah yang besar, anda disaran guna nod mesh untuk liputan meluas dan lebih kuat ke seluruh rumah. Pastikan juga anda jauh dari peranti elektronik seperti tv, radio, microwave, peti ais dan lain2 ketika melayari internet.
3. Minimakan bilangan peranti yang digunakan ketika mengakses internet. Jika banyak peranti digunakan dalam satu satu masa khususnya untuk penstriman, mainan video atau sidang video, ia melibatkan penggunaan data yang besar dan boleh jejaskan kelajuan internet.
4. Sentiasa bersihkan cache App dari peranti anda. Cache yang banyak menggunakan saiz RAM yang besar. Ia boleh jejaskan prestasi dan kelajuan fungsi hp, tablet atau laptop anda.
a. Pergi ke Tetapan
b. Pilih Apl
c. Pilih Apl
d. Pergi ke Storan&Cache
e. Pilih KosongkanCache
5. Reset sambungan internet. Jika guna wifi di rumah, anda boleh reset router. Jika guna data hp (bluetooth), boleh reset sambungan internet dengan cara aktifkan " AirplaneMod" "untuk seketika. Kemudian tutup semula Mod tersebut.
6. Periksa dan pastikan purata kelajuan internet sehari yang telah anda langgan dari service provider menepati perjanjian sewaktu langganan. Lapor ke SKMM jika kelajuan internet jauh lebih rendah dari yang tercatat dalam perjanjian.
a. Pergi ke laman https://www.speedtest.net
b. Klik GO
c. Tunggu seketika hingga ujian selesai
d. Kemudian anda akan dapat keputusan kelajuan internet
e. Klik TEST AGAIN jika nak ulang ujian
Selain itu anda juga boleh uji kelajuan internet menggunakan aplikasi dengan cara muat turun Aplikasi Speedtest by Ookla dari Google Play Store atau Apple App Store
7. Jika langkah2 di atas tidak juga hasilkan kesan positif, cuba lakukan "factory reset" peranti anda. Boleh jadi peranti anda bermasalah dan perlukan factory reset. Backup data dalam peranti tersebut sebelum lakukan langkah ini.
a. Buka menu Tetapan
b. Buka menu Sandaran & tetapan semula di bawah menu Peribadi
c. Klik TetapanSemulaDataKilang di bawah menu Data peribadi
d. Baca maklumat pada skrin dan tekan SetSemulaTelefon
e. Amaran akan muncul bahawa proses seterusnya akan memadam semua data daripada storan dalaman telefon bimbit
f. Apabila telefon menyelesaikan proses pemadaman, pilih pilihan untuk Restart semula telefon anda
8. Langgan pakej data internet lain dan bertukar kepada telco yang menawarkan internet 5G berkelajuan tinggi dan paling luas liputan signalnya.
Dijemput Singgah ke Kedai saya untuk melihat pelbagai produk hebat lain
KLIK DIBAWAH KE KEDAI Jee
PELABURAN SERENDAH RM 299.
KINI ANDA BOLEH MEMILIKI WEB PERIBADI SENDIRI TANPA LIMIT TANPA HAD BISNES ANDA BOLEH ONLINEKAN !!
Malah web peribadi ini mempunyai sistem langganan serta sistem AUTO BLAST EMAIL PEMBERITAHUAN Lagi diberi demi membantu anda mudah hasilkan pendapatan di dunia online ini
KLIK DIBAWAH DAFTAR
MEMBER PANEL LOGIN
Lupa Password atau username, sila masukkan email dibawah.