TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

Category
Artikel
Brand

Seorang pengguna laman sosial Facebook, dikesan menawarkan perkhidmatan penukaran kredit eMadani, iaitu e-kredit RM100, kepada bayaran tunai.

Orang ramai yang inginkan perkhidmatan tersebut hanya perlu menghubungi pengguna tersebut melalui nombor WhatsApp yang tertera.

“Esok (hari ini) ada duit eMadani. Siapa mahu duit secara tunai, boleh hubungi saya atau tukar duit beli kasut pun boleh. Ada baki, saya beri tunai.

“Saya hanya kenakan caj RM4,” tulis pengendali tersebut la laman sosialnya.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna media sosial itu mendapat respon yang tinggi daripada kenalannya yang tertarik dengan perkhidmatan tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani. 

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

MOF berkata, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

MOF juga tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara.

eMadani iaitu tawaran kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai hari ini hingga 20 Februari depan.

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Sumber: Sinar Harian



TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI-https://wangcepat.biz/img/Whats-App-1.gif


Web : https://websaya.biz/cybermom
Iklan dihantar oleh : Cybermom ([email protected])






Lain Lain Iklan Kategori yang sama
Artikel

Pocket Money For Nigerian Students in Malaysian Un

USD 40.00
Baca Lagi

BAHAYA MORINGA|LIMA SEKELUARGA KERACUNAN SAYUR DAU

RM 0.00
Baca Lagi

PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FAR

RM 0.00
Baca Lagi

TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

RM 0.00
Baca Lagi

BAHAYA GOUT KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG|PUNCA K

RM 0.00
Baca Lagi

KAEDAH MODEN RAWATAN SAKIT LUTUT DAN PENAWAR ALTER

RM 0.00
Baca Lagi

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos M

RM 0.00
Baca Lagi

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023|BAN

RM 2500.00
Baca Lagi

BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBI

RM 0.00
Baca Lagi


Lain Lain Iklan Dari Kedai yang sama



Dijemput Singgah ke Kedai saya untuk melihat pelbagai produk hebat lain

RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://wangcepat.biz/img/my-store.jpg
KLIK DIBAWAH KE KEDAI
Jee
RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://wangcepat.biz/img/bagus.gif



PELABURAN SERENDAH RM 299.

KINI ANDA BOLEH MEMILIKI WEB PERIBADI SENDIRI TANPA LIMIT TANPA HAD BISNES ANDA BOLEH ONLINEKAN !!
Malah web peribadi ini mempunyai sistem langganan serta sistem AUTO BLAST EMAIL PEMBERITAHUAN Lagi diberi demi membantu anda mudah hasilkan pendapatan di dunia online ini

KLIK DIBAWAH DAFTAR

iklan percuma daftar

×

HOME

ALL POST

Select Category

PRODUK(0)

BABIES(0)

KESIHATAN(76)

PERNIAGAAN RUNCIT(1)

FESYEN WANITA(0)

KECANTIKAN(9)

FESYEN LELAKI(0)

MINYAK WANGI(7)

PENDIDIKAN(10)

DERMA DAN INFAK(0)

TUDUNG(0)

ARTIKEL(9)

PEMBORONG(2)

PRODUK DIGITAL(27)

MAKANAN(21)

PERNIAGAAN(36)

KENDERAAN(4)

ELEKTRONIK(3)

SUKAN/HOBI(2)

PERCUTIAN & PELANCONGAN(1)

RUMAH & BARANG PERIBADI(4)

PEKERJAAN(0)

SERVIS(9)

HARTA BENDA(1)

LAIN-LAIN KEPERLUAN(12)


Select Negeri

SELANGOR(29)

PAHANG(8)

KELANTAN(20)

PERAK(36)

NEGERI SEMBILAN(10)

KEDAH(10)

TERENGGANU(8)

SABAH(0)

SARAWAK(0)

JOHOR(5)

MELAKA(39)

PENANG(2)

PERLIS(2)

KUALA LUMPUR(9)

PUTRAJAYA(7)

LABUAN(0)

MALAYSIA(67)

INDONESIA(2)

SINGAPORE(0)

BRUNEI(0)



×