BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBIL MINYAK SACHA INCHI

Category
Artikel
Brand
Sacha inchi oil merbahaya jika diambil secara sebarangan khususnya biji mentah kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti elergik dan loya. Antinutrien dalam biji sacha inchi boleh ganggu penyerapan mikronutrien dalam badan dan sebatian alkaloid pula boleh menyebabkan maut jika diambil berlebihan. Barangkali ramai yang tidak sedar perkara penting ini.


Anda mungkin pernah mendengar tentang 'superfood' terbaharu sacha inchi.  Walau pun baru sahaja popular, sacha inchi sebenarnya telah digunakan di seluruh dunia sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Sacha inchi ialah sejenis tumbuhan yang mengeluar buah unik yang mempunyai biji benih yang besar dan boleh dimakan. Ia hidup subur di kawasan Amazon seperti Peru, Venezuela, Colombia, Bolivia dan Ecuador. Walaupun biji benih ini mungkin kelihatan baru kepada anda, namun penduduk asli di seluruh Amazon telah menikmati sacha inchi dan pelbagai manfaat kesihatannya selama berabad-abad. Secara saintifik, tumbuhan ini dikenali sebagai Plukenetia Volubilis dan mempunyai beberapa nama lain seperti kacang Inca, kacang gunung, kacang sacha, dan sacha inchi.​​​

Sacha Inchi mempunyai profil nutrien yang mengagumkan, mempunyai banyak potensi manfaat kesihatan dan serba boleh, lazat serta mudah untuk dinikmati dalam pelbagai resipi. Semua sifat ini menjadikannya tambahan yang bagus untuk diet harian yang lengkap.
 

PROFIL NUTRIEN SACHA INCHI

Sacha inchi mempunyai profil nutrien yang mantap. Ia mempunyai kesemua sembilan asid amino penting sekaligus menjadikkan sumber protein yang lengkap. Satu auns biji sacha inchi mengandungi kira-kira lapan gram protein iaitu jauh lebih banyak daripada kacang lain yang biasa anda makan. Bukan itu sahaja, sacha inchi juga mengandungi kandungan asid lemak omega-3 tertinggi berbanding tumbuhan lain.

​​​​​​Kandungan omega-3 dalam sacha inchi ialah 17 kali ganda lebih tinggi daripada salmon. Asid lemak omega-3 adalah sangat penting untuk kesihatan kognitif dan mental dan kesihatan jantung. Ia juga mengurangkan keradangan, mempertahankan tubuh daripada kanser, dan membantu fungsi-fungsi badan yang lain. Walaupun ia penting untuk kesihatan, omega-3 tidak begitu mudah didapati. Oleh kerana itu, penemuan Omega-3 yang sebegitu tinggi dalam biji sacha inchi adalah sesuatu yang sangat menerujakan. Selain Omega 3, minyak sacha inchi juga kaya dengan asid lemak omega-6 dan omega-9. 
 

ANTARA KEBAIKAN DAN MANFAAT TERBAIK SACHA INCHI KEPADA MANUSIA


1. MEMBINA OTOT DAN MENURUNKAN BERAT BADAN

Dengan sembilan asid amino pentingnya, sacha inchi dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan otot yang sihat. Terima kasih kepada asid lemak omega-3, sacha inchi boleh membuatkan anda berasa kenyang. Ini adalah sangat baik untuk mengurangkan keinginan makan sepanjang hari. 

2. MEMBANTU MENURUNKAN KOLESTROL

Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 boleh membantu meningkatkan tahap HDL atau kolesterol "baik" anda. Malah,Omega-3 juga lebih berkuasa untuk menurunkan tahap trigliserida daripada 15 hingga 30%. Ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

3.MEMBANTU MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh membantu menurunkan tahap tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.​​​​​​

4. PERLINDUNGAN DARIPADA RADIKAL BEBAS

Sacha inchi juga mengandungi tahap vitamin E yang bagus yang merupakan antioksidan kuat. Vitamin E melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas berpunca daripada toksin persekitaran seperti asap rokok dan asap. Perokok memerlukan lebih banyak vitamin E berbanding bukan perokok kerana merokok mengurangkan tahap vitamin E anda.

5. MEMPANJANGKAN HAYAT SEL

Kerosakan radikal bebas dan tekanan oksidatif adalah dua faktor utama yang berkaitan dengan penuaan. Radikal bebas merosakkan sel yang sihat tetapi vitamin E yang terkandung dalam biji sacha inchi boleh memanjangkan hayat sel, sekaligus melindungi kita daripada penuaan dan penyakit yang berkaitan dengan penuaan.

6. MELINDUNGI DARIPADA PENYAKIT BERKAITAN KARDIOVASKULAR

Selain asid lemak omega dan lemak sihat lain yang sangat baik untuk mengurangkan tahap kolesterol jahat dan mencegah pembentukan plak dalam arteri anda, sacha inchi juga mengandungi bahan yang dipanggil asid alfa-linolenik. Pengambilan tinggi asid lemak ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung pertama sebanyak 59% pada lelaki dan wanita.

7. MENGURANGKAN RADANG / INFLAMASI

Dari jerawat dan sakit sendi kepada kanser dan penyakit jantung, radang atau inflamasi, adalah sesuatu yang harus kita jauhi. Untuk mengurangkan keradangan, anda boleh mulakan dengan mengelakkan makanan bergaram tinggi, bergula tinggi  dan berlemak tinggi. Anda juga boleh mengambil biji sacha inchi yang kaya dengan omega-3 untuk meningkatkan tindak balas tubuh anda terhadap radang. 
 

BAHAYA SACHA INCHI

Jika diambil secara betul, sacha inchi merupakan makanan tambahan yang sihat kepada diet seimbang bagi kebanyakan orang.

Walaupun jarang sekali berlaku, tindak balas alahan terhadap tumbuhan ini juga ada dilaporkan. Jika anda mengalami sebarang kesan negatif selepas memakan sacha inchi, sebaiknya hentikan penggunaan dan berbincang dengan doktor jika gejala anda berterusan. ​​​​

Melainkan minyak sacha inchi anda dilabel dengan jelas sebagai gred makanan atau selamat untuk kegunaan dalaman badan, jangan sesekali cuba mengambilnya.  Hanya kerana anda boleh mengambil biji sacha inchi tidak bermakna minyak yang anda beli boleh dimakan. Sentiasa semak label dan sumber sacha inchi tersebut dulu.

Jangan sesekali dalam apa jua keadaan, anda makan biji sacha inchi yang mentah. Dalam keadaan semula jadi, biji sacha inchi mengandungi  antinutrien dan alkaloid. Antinutrien ialah sebatian yang boleh menghalang penyerapan mikronutrien dalam badan anda, dan alkaloid boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Alkaloid juga malah boleh membawa maut jika dimakan dalam jumlah yang banyak. Sentiasa ingatkan ini.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa pemanggangan biji sacha inchi dalam ketuhar dapat mengurangkan kandungan alkaloid dan antinutrien dengan ketara di samping meningkatkan aktiviti antioksidan. Oleh itu, adalah penting untuk memanggang biji sacha inchi sebelum memakannya. 

Anda juga harus berhati-hati jika anda menggunakan sebarang ubat yang boleh mengubah mood kerana sacha inchi mempunyai kesan yang kuat terhadap emosi kerana paras triptofannya yang tinggi. Maka jarakkan waktu pengambilan jika anda sedang mengambil ubat hospital dan juga ingin amalkan minyak sacha inchi. 
 

BERDASARKAN SATU DUA BAHAYA SACHA INCHI YANG DINYATAKAN  DI ATASAPAKAH WAJAR KITA MENAMBAH MINYAK SACHA INCHI KE DALAM DIET HARIAN KITA?

Demi kesihatan jantung  dan untuk perlindungan dari keradangan dan radikal bebas, tiada sebab untuk anda tidak memasukkan sacha inchi ke dalam diet harian anda.

Namun paling penting ialah memilih minyak sacha inchi daripada sumber yang boleh dipercayai dimana penghasilannya dipantau dengan cermat agar tidak memudaratkan diri anda. Banyak jenama minyak sacha inchi yang terdapat di pasaran hari ini dan antara jenama yang terbaik ketika ini ialah Sacha Inchi Oil DND369 keluaran Dr Nordin Darus. Ini kerana minyak sacha inchi DND369 ini paling mendapat sambutan kerana keberkesanannya serta banyak testimoni pengguna jenama ini. Minyak sacha inchi 369 Dr Nordin Darus juga diktiraf dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) serta pengesahan Sijil Halal JAKIM.

​​​​​Kenapa nak membahayakan diri mencuba minyak sacha inchi yang tidak pasti sumber pembuatannya walau pun mungkin harganya murah, tapi kesudahannya diri sendiri yang susah dan parah? 



BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBIL MINYAK SACHA INCHI-https://wangcepat.biz/img/Whats-App-1.gif


Web : https://websaya.biz/cybermom
Iklan dihantar oleh : Cybermom ([email protected])






Lain Lain Iklan Kategori yang sama
Artikel

TIPS MENDAPATKAN INTERNET YANG LAJU UNTUK HP DAN G

RM 0.00
Baca Lagi

BAHAYA MORINGA|LIMA SEKELUARGA KERACUNAN SAYUR DAU

RM 0.00
Baca Lagi

PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FAR

RM 0.00
Baca Lagi

TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

RM 0.00
Baca Lagi

BAHAYA GOUT KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG|PUNCA K

RM 0.00
Baca Lagi

KAEDAH MODEN RAWATAN SAKIT LUTUT DAN PENAWAR ALTER

RM 0.00
Baca Lagi

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos M

RM 0.00
Baca Lagi

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023|BAN

RM 2500.00
Baca Lagi

BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBI

RM 0.00
Baca Lagi


Lain Lain Iklan Dari Kedai yang sama



Dijemput Singgah ke Kedai saya untuk melihat pelbagai produk hebat lain

RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://wangcepat.biz/img/my-store.jpg
KLIK DIBAWAH KE KEDAI
Jee
RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://wangcepat.biz/img/bagus.gif



PELABURAN SERENDAH RM 299.

KINI ANDA BOLEH MEMILIKI WEB PERIBADI SENDIRI TANPA LIMIT TANPA HAD BISNES ANDA BOLEH ONLINEKAN !!
Malah web peribadi ini mempunyai sistem langganan serta sistem AUTO BLAST EMAIL PEMBERITAHUAN Lagi diberi demi membantu anda mudah hasilkan pendapatan di dunia online ini

KLIK DIBAWAH DAFTAR

iklan percuma daftar

×

HOME

ALL POST

Select Category

PRODUK(0)

BABIES(0)

KESIHATAN(74)

PERNIAGAAN RUNCIT(1)

FESYEN WANITA(0)

KECANTIKAN(7)

FESYEN LELAKI(0)

MINYAK WANGI(7)

PENDIDIKAN(10)

DERMA DAN INFAK(0)

TUDUNG(0)

ARTIKEL(9)

PEMBORONG(2)

PRODUK DIGITAL(29)

MAKANAN(23)

PERNIAGAAN(34)

KENDERAAN(5)

ELEKTRONIK(3)

SUKAN/HOBI(2)

PERCUTIAN & PELANCONGAN(1)

RUMAH & BARANG PERIBADI(4)

PEKERJAAN(0)

SERVIS(9)

HARTA BENDA(1)

LAIN-LAIN KEPERLUAN(14)


Select Negeri

SELANGOR(31)

PAHANG(8)

KELANTAN(21)

PERAK(36)

NEGERI SEMBILAN(10)

KEDAH(10)

TERENGGANU(8)

SABAH(0)

SARAWAK(0)

JOHOR(5)

MELAKA(39)

PENANG(2)

PERLIS(2)

KUALA LUMPUR(9)

PUTRAJAYA(6)

LABUAN(0)

MALAYSIA(62)

INDONESIA(2)

SINGAPORE(0)

BRUNEI(0)



×