BIODATA PENULIS
Mohammad Najib bin Md Norani berasal dari Taiping, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Taiping.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di (Sekolah Menengah Agama Negeri) Sekolah Izzuddin Shah (SIS) Ipoh, Perak.
KELAYAKKAN
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Kepujian) di Universiti Al al-Bayt, Jordan dan Sarjana Sastera (Usuluddin) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Kini beliau dalam peringkat untuk menyambung Ijazah Kedoktoran (Ph.D) di Universiti yang sama.
Penulis merupakan Guru Pendidikan Islam di salah sebuah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan aktif menghasilkan penulisan dalam bidang berkaitan.
Disamping itu, beliau adalah salah seorang Guru Takmir lantikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan juga diamanahkan sebagai Imam di Masjid Al-Hasaniah, Kuala Sungai Baru.
Beliau juga sering diundang sebagai penceramah jemputan serta aktif menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau sekitar negeri Melaka.