KEAJAIBAN ALAM SEMULAJADI
Daun moringga, yang juga dikenali sebagai "moringga," adalah tumbuhan yang penuh dengan kebaikan semulajadi. Daun ini telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad kerana kepelbagaian manfaat kesihatannya. Sifat-sifat unik dan kandungan nutrien yang kaya menjadikan daun moringga satu penawar semulajadi yang bernilai. Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi keajaiban daun moringga dan kepelbagaian manfaat kesihatannya.
KHASIAT MORINGA SECARA SAINTIFIK
Daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Moringa adalah tumbuhan yang cukup besar berasal dari India utara. Ia juga dikenali dengan nama pokok drumstick, pokok lobak atau pokok minyak.
Moringa sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia, termasuklah:
1. Kandungan nutrisi yang tinggi
Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Kandungan zat dalam 100g daun moringa segar yang dimasak bersamaan dengan kandungan zat dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya boleh digoreng dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Bukan itu sahaja, daun moringa boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk digunakan dalam masakan lain.
2. Menurunkan kolesterol
Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.
3. Mencegah diabetes
Serbuk daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.
4. Penambah zat untuk ibu hamil
Daun moringa digunakan sebagai penambah zat bagi masalah kekurangan vitamin, terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi dalam daun dan buahnya membantu ibu hamil atau ibu menyusu mendapat zat tambahan.
5. Melindungi hati
Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.
6. Melawan radikal bebas
Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.
7. Melawan keradangan
Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.
8. Menstabilkan tekanan darah
Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang.
9. Membantu sistem penghadaman
Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.
10. Menyokong kesihatan otak
Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.
KENAPA ANDA PERLUKAN
TEH O MORINGA AQUA MAG ?
ADAKAH ANDA YAKIN ANDA SELAMAT????
TAK MAHU JADI MACAM NI KAN???
KAMI ADA PENYELESAIAN ...
APA KATA PELANGGAN KAMI
1 KOTAK
2 KOTAK
3 KOTAK